Thursday, December 9, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Selamat datang, blog ini merupakan ruangan info mengenai sukan Malaysia sama ada yang berlaku didalam ataupun diluar negara...dan juga mungkin sedikit info lain yang boleh dikongsi bersama...


Dengan Piala AFF Suzuki 2010 yang sudah memasuki fasa ke-2, pasukan seperti Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia bersiap sedia untuk menentang lawan masing-masing.
Pada perlawanan separuh akhir nanti, Malaysia akan menentang Vietnam yang juga juara bertahan kejohanan manakala Indonesia bertemu Filipina yang sebelum ini mengejutkan Vietnam dengan kemenangan 2 - 0 di peringkat kumpulan.


Perlawanan separuh akhir nanti akan berlangsung 2 pusingan dimana setiap pasukan bertanding menjadi tuan rumah kecuali Filipina, kerana tiada stadium yang sesuai.
Peraturan gol ditempat lawan juga tidak dikira, dan jadual perlawanan-nya....

Pusingan pertama separuh akhir :
Malaysia vs Vietnam, 15 Dis 2010 [Rabu]
Filipina vs Indonesia, 16 Dis 2010 [Khamis]

Pusingan ke-2 separuh akhir :
Vietnam vs Malaysia, 18 Dis 2010 [Sabtu]
Indonesia vs Filipina, 19 Dis 2010 [Ahad]

No comments:

Post a Comment