Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Akhir Pusingan Pertama

Tamat babak pertama perjuangan anak buah K. Rajagobal, dengan kemenangan bergaya menewaskan Indonesia 3 - 0  di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Dan kini Piala AFF Suzuki berada dalam genggaman....

Permainan banyak dikuasai oleh Malaysia dengan Indonesia sesekali menyerang. Serangan Indonesia sering kali dipatahkan oleh pertahanan Malaysia. Permainan terganggu seketika apabila Marcus, penjaga gawang Indonesia membuat bantahan kerana terdapat pancaran laser ke arahnya. Permainan ditangguh 5 minit oleh pengadil dari Jepun.

Selepas permainan bersambung, Safee Sali menjaringkan gol pertama Malaysia pada minit 61 dan kemudiannya Ashaari Shamsudin merembat masuk gol ke-2 pada minit 68.
Safee Sali sekali lagi menjadi wira negara apabila menanduk masuk gol ke-3 Malaysia juga gol ke-2 peribadi untuk malam ini.


Dengan jaringan tersebut Safee Sali merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 4 gol. Malaysia menbawa bekalan selesa ke Stadium Gelora Bung Karno pada 29 Disember [Rabu] ini.


Keputusan perlawanan akhir pusingan pertama :
Malaysia - 3, Safee Sali 61" & 73", M. Ashaari 68"
Indonesia - 0

No comments:

Post a Comment