Friday, December 24, 2010

Liga Super 2011 mula 29 Januari

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa saingan Liga Super 2011 bakal bermula 29 Januari depan manakala Liga Perdana 2011 pula bermula dua hari selepas itu.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menemukan Selangor dan Kelantan turut akan berlangsung pada 29 Januari di Stadium Shah Alam.
"Sebelum ini, kita telah menetapkan perlawanan sumbangsih serta aksi pertama Liga Super 2011 untuk pasukan lain akan berlangsung pada 15 Januari depan.
"Namun setelah diteliti berhubung aspek teknikal dan penajaan, kita akan mulakan Liga Super 2011 pada 29 Januari depan," kata Hamidin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Sumber : kosmo.com.my
Tarikh perlawanan pembukaan : 
Piala Sumbangsih 2011 - Selangor Lawan Kelantan, 29 Januari 2011 [Sabtu] di Stadium Shah Alam
Liga Super Malaysia 2011 - 29 Januari 2011 [Sabtu]
Liga Perdana 2011 - 31 Januari 2011 [Isnin]

No comments:

Post a Comment