Thursday, December 30, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Malaysia Juara


Buat pertama kali dalam sejarah, Malaysia menjuarai kejohanan piala AFF Suzuki walaupun pun tewas di Stadium Gelora Bung Karno, 1-2 kepada Indonesia...

Keputusan perlawanan :
Indonesia - 2
Malaysia - 1, Malaysia menang dengan agregat 4-2 menewaskan Indonesia 

Sunday, December 26, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Akhir Pusingan Pertama

Tamat babak pertama perjuangan anak buah K. Rajagobal, dengan kemenangan bergaya menewaskan Indonesia 3 - 0  di Stadium Bukit Jalil sebentar tadi. Dan kini Piala AFF Suzuki berada dalam genggaman....

Friday, December 24, 2010

Liga Super 2011 mula 29 Januari

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memutuskan bahawa saingan Liga Super 2011 bakal bermula 29 Januari depan manakala Liga Perdana 2011 pula bermula dua hari selepas itu.
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menemukan Selangor dan Kelantan turut akan berlangsung pada 29 Januari di Stadium Shah Alam.
"Sebelum ini, kita telah menetapkan perlawanan sumbangsih serta aksi pertama Liga Super 2011 untuk pasukan lain akan berlangsung pada 15 Januari depan.
"Namun setelah diteliti berhubung aspek teknikal dan penajaan, kita akan mulakan Liga Super 2011 pada 29 Januari depan," kata Hamidin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Sumber : kosmo.com.my
Tarikh perlawanan pembukaan : 
Piala Sumbangsih 2011 - Selangor Lawan Kelantan, 29 Januari 2011 [Sabtu] di Stadium Shah Alam
Liga Super Malaysia 2011 - 29 Januari 2011 [Sabtu]
Liga Perdana 2011 - 31 Januari 2011 [Isnin]

Tuesday, December 21, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Separuh Akhir Pusingan Ke-2

Kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 hampir ke kemuncaknya, dengan kedua-dua perlawanan separuh akhir selesai. Malaysia dan Indonesia akan berentap sama sendiri pada perlawanan akhir yang dilakukan secara timbal balik.


Perlawanan akhir pusingan pertama akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 26 Disember, manakala pusingan ke-2 akan berlangsung di Stadim Gelora Bung Karno pada 29 Disember 2010.

Friday, December 17, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Separuh Akhir Ke-2 Pusingan 01

Semalam berlangsung satu lagi perlawanan separuh akhir diantara Filipina menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Cristian Gonzales menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk memastikan Indonesia membawa bekalan selesa untuk perlawanan ke-2 nanti. Filipina bermain secara bertahan sepanjang perlawanan seperti perlawanan terdahulu, membuatkan Indonesia buntu untuk mencipta jaringan gol walaupun banyak serangan dilakukan.


Perlawanan ke-2 berlansung di tempat sama, Stadium Gelora Bung Karno pada 19 Disember 2010 nanti.


Keputusan perlawanan separuh akhir ke-2 pusingan pertama :
Filipina - 0
Indonesia - 1

Wednesday, December 15, 2010

Piala AFF Suzuki 2010 : Separuh Akhir Pertama Pusingan 01

Baru sebentar tadi tamat perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam, dengan pasukan Malaysia berjaya mengatasi Vietnam 2 gol tanpa balas.
Kesemua gol disumbangkan oleh Safee Sali pada separuh masa ke-2, dan secara keseluruhan  perlawanan agak kurang menarik. Dimana, peluang banyak terhidang tetapi disia-siakan oleh pemain. 

Thursday, December 9, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

Selamat datang, blog ini merupakan ruangan info mengenai sukan Malaysia sama ada yang berlaku didalam ataupun diluar negara...dan juga mungkin sedikit info lain yang boleh dikongsi bersama...


Dengan Piala AFF Suzuki 2010 yang sudah memasuki fasa ke-2, pasukan seperti Malaysia, Filipina, Vietnam dan Indonesia bersiap sedia untuk menentang lawan masing-masing.
Pada perlawanan separuh akhir nanti, Malaysia akan menentang Vietnam yang juga juara bertahan kejohanan manakala Indonesia bertemu Filipina yang sebelum ini mengejutkan Vietnam dengan kemenangan 2 - 0 di peringkat kumpulan.